Rabu, 2010 Januari 06

facebook and google's engagement, how sweet!!!

this is just soo sweet to not share with you,gals..

thank you Ami Scaheera!! i read their story with big grin on my face and encik boifren in my mind. hahaha suddenly i just miss that budak gemok while reading this amazing love story.*mode jiwang sekejap*


where is the beautiful story?? read it at the Green Wedding Shoes.=D

enjoy the story and happy wednesday guyss...!! =D



Selasa, 2010 Januari 05

senarai kudos dan kronologi 2009 (entry panjaaangg)

terima kasih Tuhan sebab masih berikan aku nafas, nyawa dan semuanya yang aku ada sekarang walaupun aku selalu lupa dan malas solat,masih tak pakai tudung,perangai macam setan. terima kasih Tuhan, Kamu yang paling Baik, Kamu yang paling Faham.

Awal 2009
aku macam dalam dilema. Tapi even aku belum tetap hati, aku ikut arus. Orang panggil pegi exam,aku pegi. Eh lulus? Ok, pegi PAC. Eh lulus? Ok, pegi temuduga. Oihh lulus?? Ok this is it. Masa untuk berfikir dengan dahi kerut. Kerja sekarang pun okay, boss dan colleague semuanya sempoi dan stok boleh kowtim punya. Apa perlunya aku ubah keadaan ni?seems like government sector is so not me! Should I, shouldn’t i?
Menangis. Bodoh betul kan, bukan ada orang paksa pun kau apply,pegi exam,pegi PAC,pegi interview tu. Ni dah dapat nak menangis keliru lakk.
Haihh..

24.04.2009
berbaju kurung berkot bagai di INTAN Bukit Kiara. Ditemani KaChaK yang baru berusia empat bulan, mak, ayah, kakngah, dan teman paling baik, achik. Damn,90% semua muka stok kerajaan dow. Fuh fuh fuh mieza, itu cuma persepsi.


26.04.2009
mula hidup di rumah baru. kenal kawan serumah yang bakal kongsi jamban dan maggi bersama.


Mei 2009
hidup terumbang-ambing. Duit hanya tinggal beberapa sen untuk teruskan hidup di wilayah ni. Kerja banyak macam sial. Kena keluar kursus lagi. Gaji untuk kerja baru takkan dapat hingga julai. KaChaK dah dua bulan tak berbayar.aku mula rasa keputusan untuk hadir pada 24.04.2009 lalu satu kesilapan besar.

Jun – Julai 2009
pertama kali aku berjumpa in person dengan gangster tarik kereta. Seriously satu pengalaman getir. Aku menangis bagai orang gila berfikir untuk cari RM1200 dalam tempoh 4 jam sebagai upah mereka lepaskan KaChaK. Terima kasih mak,ayah..duit mereka nak ke tanah suci aku gunakan.damn bodoh, memang keputusan untuk hadir pada 24.04.2009 lalu adalah satu kesilapan besar.
Ogos 2009
ok, gaji dah masuk.bayar pinjaman kereta 4 bulan, bagi kat mak darab tiga dengan niat untuk tebus rasa malu sebab pinjam duit tabung haji,servis KaChaK, dan damn memang terbaek lah orang kebas handphone nokia cinta hati aku tu masa ni. Jadi baki duit beli telefon baru. selebihnya habis buat makan sana sini itu ini dengan achik. oh kami memang well known sebagai pasangan kekasih yang cinta makanan. dan eh tanggal 25, cukup 1095 hari kami berchenta. yayy..pray for our more thousands days !!



September – November 2009
kerja tunggang terbalik macam nak rak. out station sana sini, terbang situ, terbang sana (cehh bunyi macam best,trust me bunyi je best), paperwork itu, paperwork ini, meeting sana sini, presentation itu ini, memang jarang benar aku boleh keluar dari ofis waktu langit masih cerah. yup.inilah bilik dan meja aku dalam tempoh ini.cuba tengok bawah meja.macam gampang bersepah! T____T just imagine how busy i am here.tapi skang ni da okey sikit sebab ramai officer yang cuti bersalin da balik.


few moments yang rajin nak upload semasa "stesen luar"

tapi tempoh ni indah jugak sebab selain aidilfitri yang temanya merah aww aww jambu, tempoh ni jugak ramai kawan-kawan aku yang kawen!! *grin+clap*


ini nashriq, salah sorang kawan yang aku kenal waktu mula-mula masuk gov. orang alor star.bilik kawen dia sangat gojes dan wangiiiii....best!=P


ini aznor a.k.a che not.kawen dengan our schoolmate jugak,siriesly sweet. =)


Disember 2009


bulan yang sangat stress. terlalu banyak keja yang perlu dibuat, masa macam tak cukup. Tapi still, lari balik kampong sebab jiran sebelah rumah kawen. *grin* yayy!! tak taulah kenapa, sejak dua menjak ni aku sangat suka dan teruja bila dengar/cakap/tengok anything about wedding.sekarang ni aku dah jadi rajin baca blog-blog orang yang prepare nak tunang,nak kawen,ohhh sangat best okay bila membaca keterujaan diorang. dan ye, ada tips and inspiration some more! Blog kawen paling best dan interaktif mestilah Misi 5 April. terbaek doww..for me at least.

ini housemate aku yg gila kentang sengalnya.orang nogori.

ini jiran aku. yang kuning itu rumah aku.

ok ok back to the topic!! (I told u!!!) hahaha sori,terover teruja..well December went hectic and as usual on 31st, harusslahh aku jadi burung hantu berlegar-legar di tengah kota menghabiskan duit dan masa hahaha..

tapi new year celebration kali ni terbaek sebab lebih ramai yang join.tahun sebelum ni cuma aku,kakngah,fatin dan achik.tapi kali ni kakngah n adik aku pun dah maju ke depan bab-bab berpacaran so jadilah tiga pasang burung hantu kat bukit bintang malam tu.aku cuti 31hb. kakngah,fatin,shah dan achik sampai umah aku dari jitra dalam pukul 7.00 pagi.next entry aku akan cerita detail apa yang kami buat di malam tahun baru dan the next two days....*wink* *grin*

ok ok aku bagi la sneak preview skit wahahaha..(ayat bajet macam ramai gila teringin nak tau apa yang aku buat)..=P

ngeeee...dimanakah kami??? LOL.

Sabtu, 2009 Disember 05

sangat teringin mahu ke rumah pena malam ini.

tapi...

  1. tak tahu jalan - takpe,googlemap n signboard ada.
  2. tak ada kawan yang kepala ngam ngam suey suka layan benda ni. - ini susah.
  3. petrol,makan,oh duit pun bermasalah. - ini lagi susah.

haih. itupun ada hati nak join kelas fynn jamal.

Jumaat, 2009 Disember 04

ulasan profesional anugerah skrin (nada serius)

profesional lah sangat ^_^.. baca jelah.

  1. apa jadah tema arab ni? afdlin,farah, loghat arab anda buat kami tak jadi nak gelak lawak yang anda buat. nak dekat-dekat abis baru tune ok balik. maaf bro,saya memang peminat kipas susah mati anda but somehow u seems very uncomfortable tonite,dunno why. oh tapi kamu sangat COMEL dengan pakaian malam ni.
  2. apa tak buat rehearsal ke program ni sampai benda2 simple pasal skrip pun tunggang terbalik?ke artis artis penyampai anugerah ni tak datang rehearsal? tak pun memang bajet sengal,atas pentas suma nak interframe sampai lari flow. gila obvious oke.
  3. production team mana yang run program ni???dengan kamera gegar-gegar,montaj ntah apa-apa,oh my anna sui !! memang macam suey!
  4. RAMAI penerima anugerah yang tak datang. hari jumaat, pakat baca yassin kat umah la kot kan.memang sangat mengecewakan.
  5. baju rozita che wan dan jue aziz SANGAT CHANTEK oke, ai laikkk..
  6. wahid dan azly sangat sengal.ok titik.
  7. tapi baju rozita tak bley lawan wan zaleha radzi nye aura. gila gojes dia malam ni..teringat waktu kecik selalu berlakon jadi macam dia. pegang torchlight ayah, duduk depan cermin dan tiru gaya dia bercakap.
  8. drama tersasar di jalanmu menang drama terbaik. drama erma fatima, wajib kena tengok ni. apesal aku terlepas eh? ohhh, tayang kat RTM.patutla tak penah dengar. kesian, nilai komersil itu sesungguhnya dominan dalam bisnes seni. moral, falsafah, itu cuma retorik usahawan seni.
  9. anugerah yasmin ahmad???? biar betul??????
ohh sedihnya aku. allahyarham dah takde beb, kau wujudkan lah sepuluh anugerah pun yang pakai nama dia, gambar dia or whatever pun, allahyarham dah tak boleh cakap terima kasih.

samalah macam allahyarham P. Ramlee, allahyarham Sudirman. dah tak laku gelaran tan sri tu. waktu dia hidup macam-macam kau kutuk,maki dia..even baru je Yasmin meninggal, bapak bangga kau siar kisah sebenar Yasmin yang sebenarnya lelaki semata-mata untuk lakukan suratkhabar kau. pundekla, kalau kau betul berani kenapa tunggu bila dia dah takde baru nak siarkan??

haihhh..manusia macam ni lah. bila dah takde, baru nak sedar. baru nak hargai.

dan ehhh, anugerah yasmin ahmad tu untuk jaclyn victor?????????

woww.terkedu gua.





:: nak upload gambar tapi tetiba internet lambat macam siput. next time jelah.

tak tahan lagi

penah tak korang rasa nak terkencing sangat sangat tapi sebab tengah syok buat benda yang korang sedang buat pada masa itu (jaga ladang di farmville,tonton dvd korea,dsb), korang tahan je kencing sampai tahap kalau-lepas-kemut-ni-sikit-konfem-keluar??

mahu tahu saja, motif akan diceritakan kemudian.

Khamis, 2009 Disember 03

update hidup sendiri sejak april 2009.

  1. sekarang dah tak tinggal sama dengan mak ayah.
  2. menyewa sebuah rumah besar,kosong,mahal,(kalau boleh nak cari rumah lain)bersama enam orang yang lain di sebuah bandar terancang yang sangat aman damai.
  3. mula-mula di tempat baru, hidup sangat susah ya amat. sampai pernah kena ugut dengan kaki tarik kereta sampai menangis. oh takkan aku lupa sampai mati muka depa.
  4. mula-mula di tempat baru, makan sekali saja sehari. nasi putih separuh, ayam seketul, dan kuah sup/sayur.
  5. jarak memandu dari rumah ke pejabat ialah 10minit.
  6. sepanjang lebih kurang enam bulan di tempat baru, sudah jejak kaki di semua lapangan terbang di malaysia.yayy!! (sila gelak jika mahu tapi itu satu improvement besar bagi aku yang TIDAK PERNAH terbang sebelum ini)
  7. sudah menyertai sidang parlimen.
  8. sudah gunting rambut pendek.
  9. semua rakan serumah sangat best (tolak satu uhh) dan otak sangat ngam ngam suey dengan aku.
  10. sudah susun model kombi volkswagen atas dashboard kereta, peniup semangat untuk cari dan beli anda encik kombi!
  11. belum mula saving. T____T
  12. sangat perlu laptop sendiri tapi takde duit nak beli.

oh zety dah balik,sambung nantilah.

daaaa...~